Ramai orang sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah dyeowg buat. Memang meriah sungguh, bangga btol wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi kowg jangan lupa juga, HARI BAPA. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah sangat pun. Kekadang tu terasa la jugak, macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya pasal peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.
Kadang-kadang tu bila anak buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya mak atau ayah, semua sama je. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana kita juga akn jadi bapa dan punya anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.





No comments:
Post a Comment