Siapa suka makan depan komputer, sila angkat tangan macam saya ni…
hehehe..
Tahu tak? Sebahagian besar pekerja di dunia mendapati diri mereka tak punya masa untuk makan tengah hari dek kekangan kerja yang berlambak di atas meja. Oleh sebab itu, mereka sering memesan makanan atau membawa bekal dari rumah dan makan di depan komputer sambil meneruskan kerja.
Ha.. amacam? Terkena batang hidung sendiri?
sewaktu menggunakan komputer, kita mempunyai fokus dan ingatan yang kurang terhadap apa yang kita makan.. Kesannya, kita tak sedar dah terlalu banyak makan dan akibatnya juga, kita berasa kurang kenyang walaupun perut dah sarat dengan makanan!!
ingatan terhadap aktiviti makan mempengaruhi jumlah makanan yang kita suapkan ke mulut. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita dapat memberi tumpuan lebih terhadap apa yang kita makan, bukannya terhadap komputer dan kertas kerja di atas meja!






No comments:
Post a Comment